Saturday 27 October 2012


KATA NAMA AM



Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
 
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer   baru.
 
 
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.
 
 
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
 
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
 

 
·         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:


1   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

 
·         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 

       permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

       Contoh:


1   Masjid itu baru siap dibina.

2   Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

4 comments: