KATA SANDANG
Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan
makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak mempunyai sebarang makna/maksud
serta tidak dapat berdiri dengan sendiri.
Contoh:
| nya sang |
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Sandang
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
nya
|
Digunakan untuk:
a) Membentuk
frasa nama daripada
frasa
adjektif.
b) Membentuk
frasa nama daripada
frasa kerja.
c) Menegaskan
frasa nama.
|
1 Cantiknya pemandangan di tempat
peranginan itu sukar untuk
digambarkan.
2 Tingginya bangunan itu kira-kira
60
meter.
3 Tajamnya mata pedang umpama
sembilu.
|
sang
|
Digunakan untuk:
a) Memberikan
gelaran kepada orang,
benda dan
binatang.
b) Memberikan
sifat manusia pada
binatang dan
benda.
|
1 Sang Harimau itu sukar untuk
dijinakkan.
2 Sang Suria muncul lagi.
3 Sang Kancil mengajak Sang
Arnab
berlumba lari dengannya.
|
si
|
Digunakan untuk:
a)
Memberikan gelaran seolah-olah
manusia kepada haiwan.
b) Membentuk
frasa nama daripada
frasa adjektif.
c)
Menerangkan tugas seseorang.
d)
Menerangkan sifat seseorang.
|
1 Si
Buta itu teraba-raba mencari
tongkatnya.
2 Si
pengail itu memperoleh ikan yang
banyak.
3 Si Botak
itu dipercayai menjadi
ketua
perompak yang dicari oleh
pihak
polis.
|
yang
|
Digunakan untuk:
a) Membentuk
frasa nama.
b) Menunjukkan
perbezaan makna.
|
1 Rumah yang terletak di pinggir
jalan
itu tidak berpenghuni.
2 Halaman rumahnya yang luas itu
sesuai dijadikan
3 Adiknya yang bongsu itu telah
selamat melahirkan seorang cahaya
mata.
|
·
Walaupun kata sandang tidak mempunyai erti dan
tidak dapat berdiri dengan sendiri, namun demikian kata sandang mempunyai tugas
penting iaitu, untuk menentukan makna dalam ayat.
10q for this !!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete