Penulisan

TEMA KELUARGA FAKTA
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita”
1. Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.
2. Kebersihan dapat menghindari penyakit.
3. Kita perlu mengemaskan tempat tidur.
4. Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.
5. Kita harus menyapu sampah .
6. Rumah menjadi kemas dan bersih.
7. Kita harus mencuci longkang-longkang.
8. Daun-daun kering juga disapu.
9. Rumput yang panjang hendaklah dipotong.
10. Tempat tinggal yang bersih,hidup pun sihat.

SURAT TIDAK RASMI
Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh.
Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baru itu.

34 A, Blok C, Asrama SJK (C) Chung Wa,
33 00 Gerik, Perak.
24 Mac 2012

Menemui saudara Lam Wah Hung yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera.

Saudara,
1. Tujuan saya ingin beritahu dapat belajar ke sekolah asrama penuh.
2. Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.
3. Saya telah belajar di sini selama dua bulan.
4. Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.
5. Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.
6. Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
7. Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
8. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.
9. Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.
10. Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,
Chee Wei

   
FAKTA

3.Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.

            Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

1.    Hujung minggu merupakan hari cuti.          

2.    Hari yang selalu kita tunggu.

3.    Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.

4.    Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

5.    Bergotong-royong membersihkan rumah.

6.    Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.

7.    Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik.

8.    Kasih sayang kepada keluarga bertambah.

9.    Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.

10.  Rumah bersih, hidup sihat.

            Sekian, terima kasih.


KEPERIHALAN

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu berada di kampung.

  1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.
  2. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.
  3. Ketika itu musim buah-buahan.
  4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
  5. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga.
  6. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
  7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
  8. Udara di kampung juga nyaman dan segar.
  9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
  10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

CATATAN

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan kamu pada hari tersebut.

12 April 2007

Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.

7.00 pagi         : Bersiap-siap pergi berkelah.              

8.00 pagi         : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi         : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.  

10.40 pagi       : Kami tiba di situ.

11.20 pagi       : Kami mandi di air terjun.

1.00 petang     : Kami makan di tepi sungai.

3.00 petang     : Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang     : Kami pulang ke rumah.

6.10 petang     : Kami tiba di rumah. Kami berasa seronok. Saya mahu pergi      lagi.

 



MELENGKAPKAN CERITA
6. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur. Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

 
  1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.
  2. Aku bangun dan buka pintu.
  3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
  4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.
  5. Aku berasa hairan.
  6. Aku masuk ke bilik semula.
  7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
  8. Aku membuka pintu.
  9. Aku lihat satu lembaga yang besar di depanku.
  10. Aku pengsan.
  11. Aku berasa badan aku digoncang-goncang.
  12. Rupa-rupanya aku bermimpi.

 
BIOGRAFI

7. Tuliskan  sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

  1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.
  2. Nama ibu saya ialah Wang Ai Ni.
  3. Dia berusia 29 tahun.
  4. Ibu amat menyayangi saya.
  5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.
  6. Ibu meyediakan sarapan setiap pagi untuk kami.
  7. Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan.
  8. Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
  9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
  10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

CEREKA

8. Pada hari Ahad yang lalu,anda sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut.
 
Tuliskan pengalaman anda semasa menyelamatkan budak itu.


  1. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah, ramai orang pada hari itu.
  2. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
  3. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
  4. Ketika saya sedang berenang, saya terdengar orang minta tolong.
  5. Suara itu dekat dengan saya .
  6. Saya lihat seorang budak lemas.
  7. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
  8. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
  9. Bapa budak itu ucap terima kasih kepada saya.
  10. Saya gembira kerana dapat menolong orang.
  
CERITA

9.Tuliskan  sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke salah satu tempat peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
1.         Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.
2.         Kami pergi dengan menaiki kereta.
3.         Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4.         Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
5.         Kami melihat ramai pelancong di sana.
6.         Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7.         Kami juga mengambil gambar di sana
8.         Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9.         Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10.       Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.

 

 

 

3 comments: