HUKUM D-M
Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata
disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
‘D’ yang dimaksudkan ialah unsur yang diterangkan/subjek
ayat/perkara yang diterangkan.
Manakala ‘M’
pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.
Dalam
penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara. Kemudian
diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan. Hal ini berbeza
dengan gaya bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris predikatnya didahulukan. Kemudian
diikuti oleh subjeknya.
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Frasa Nama
(salah)
|
Frasa Nama
(betul)
|
jeruk betik
mini panggung wayang
Wawasan Wisma
belacan
sambal
goreng
ikan bilis
kambing
susu
Kim
Rumah Tumpangan
Malaya
Universiti
Negara
Zoo
Kuala
Lumpur Menara
tarik
teh
campur
air batu
Wong
Bengkel Kereta
api
kereta ekspres
|
betik
jeruk
panggung
wayang mini
Wisma
Wawasan
sambal
belacan
ikan
bilis goreng
susu
kambing
Rumah
Tumpangan Kim
Universiti
Malaya
Zoo
Negara
Menara
Kuala Lumpur
teh
tarik
air batu
campur
Bengkel
Kereta Wong
kereta api ekspres
|
Contoh penggunaan
dalam ayat:
1. a) Mini
pasar itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (X)
b) Pasar mini itu terletak di
sebelah Bank Rakyat. (√)
2. a) Sal ai pisang itu dijual dengan harga
RM2.00 sekampit. (X)
b) Pisang salai itu dijual dengan
harga RM2.00 sekampit. (√)
3. a) Lembu kereta itu sarat dengan
muatan kayu api. (X)
b) Kereta lembu itu sarat dengan
muatan kayu api. (√)
·
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan kesalahan berkaitan hukum D-M seperti yang berikut:-
Kesalahan
tidak mematuhi hukum DM apabila membentuk frasa nama.
Contoh:
1. a) Ubi tapai itu manis sekali rasanya. (X)
b) Tapai
ubi itu manis sekali rasanya. (√)
2. a) Kurung
baju itu dibuat daripada kain sutera Thai. (X)
b) Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera Thai. (√)
penerangan dan contoh yang baik.
ReplyDeleteBlog yang amat cantik dan menarik. Nota yang disediakan adalah baik untuk murid-murid sebagai rujukan. Syabas cikgu!
ReplyDelete