Tugasan 3 : Pembangunan Blog
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar diwajibkan menggunakan plaform Blogger (Blogger).
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan matapelajaran utama yang ditugaskan
di sekolah
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka
hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini
sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan sebelum tarikh penghantaran tugasan.
4. Sediakan link/pautan maklumat mengenai Sukatan Pelajaran matapelajaran yang dipilih.
5. Blog mengandungi contoh Rancangan Mengajar (Lesson Plan) bagi satu masa
penghantaran mengukut subjek yang diajar di sekolah.
6. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada
kandungan yang dipaparkan.
7.Masukkan pautan klip video rakaman aktiviti anda dalam kelas bagi sesuatu sesi
pengajaran. Sila gunakan kemudahan muat naik video ke Youtube.com.
8. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti
Facebook, Scrib, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Your blog is lovely and nice, I love it!
ReplyDelete