KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan
perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum,
terkejut dan sebagainya.
Contohnya:
aduh,
aduhai, ah, amboi,
cis/cih, eh, hai,
nah, wah, wahai |
Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk
ayat seru.
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Kata Seru
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan sakit
b) Menyatakan
perasaan
kagum/hairan
|
1 Aduh,
hebat sekali cara dia meniup serulingnya!
2 Aduh,
bingitnya telinga aku mendengar bunyi
muzik itu!
|
Aduhai
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan
sedih/dukacita
|
1 Aduhai,
malang sekali nasib Si miskin itu!
2 Aduhai,
alangkah belasnya aku melihat dia!
|
Ah
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan penolakan/tidak bersetuju/
membantah
|
1 Ah, aku enggan berbincang
dengannya!
2 Ah,
engkau pun sama dengan dia!
|
Amboi
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/hairan
|
1 Amboi, enaknya rasa buah
mangga ini!
2 Amboi,
kacaknya pemuda itu!
|
Cis/cih
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan marah
b) Menyatakan
perasaan mengejek/ menyindir
|
1 Cis,
memang dasar perempuan pisau cukur!
2 Cih, hidung tak mancung, pipi
tersorong- sorong!
|
Eh
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan hairan/terkejut
|
1 Eh,
Leman pun berbaju kemeja T!
2 Eh,
kamu pun ada di sini Manaf!
|
Hai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau
menyapa seseorang
b) Cuba menarik perhatian
|
1 Hai, cuba kamu perhatikan wanita di
hujung sana tu!
2 “Hai, saya pekerja baru di sini!”
kata Talib memperkenalkan dirinya kepada Manan.
|
Nah
|
Digunakan untuk
menarik perhatian dan pelbagai maksud lain
|
1 Nah, inilah masa yang paling sesuai
untuk ziarah-menziarahi!
2 Nah, terimalah bayaran wang yang kupinjam tadi!
|
Wah
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan kagum/takjub
|
1 Wah,
bergaya sungguh kauhari ini, Dollah!
2 Wah, lazat sungguh hidangan itu
tadi!
|
Wahai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan dukacita
b) Mendapatkan
perhatian
|
1 Wahai rakan-rakanku, janganlah membuang masamu dengan sia-sia!
2 Wahai anak-anakku, janganlah
sesekali kamu lupa akan
tanggungjawabmu!
|
· Semua ayat seru, tanda serunya mestilah
diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru
( ! )
· Dalam
binaan ayat atau penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan
kata seru seperti yang berikut:
1.
Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau yang tidak menggambarkan
perasaan yang dinyatakan.
Contoh:
1. a) Aduhai, cantiknya pemandangan di sini! (X)
b) Wah, cantiknya
pemandangan di sini! (√)
2. a) Cis,
malang sekali nasib Si buta itu! (X)
b) Aduhai,
malang sekali nasib Si buta itu! (√)
2.
Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat.
Contoh:
1. a) Aduh! sakitnya telingaku
ini. (X)
b) Aduh,
sakitnya telingaku ini! (√)
2. a) Eh! cikgu kita pun ada di
sini. (X)
b) Eh,
cikgu kita pun ada di sini! (√)
Penerangan yang sangat jelas.
ReplyDeletesatu blog yang sungguh menarik
ReplyDeletenice !
ReplyDelete