Saturday, 27 October 2012
KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan
perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum,
terkejut dan sebagainya.
Contohnya:
aduh,
aduhai, ah, amboi,
cis/cih, eh, hai,
nah, wah, wahai |
Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk
ayat seru.
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Kata Seru
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan sakit
b) Menyatakan
perasaan
kagum/hairan
|
1 Aduh,
hebat sekali cara dia meniup serulingnya!
2 Aduh,
bingitnya telinga aku mendengar bunyi
muzik itu!
|
Aduhai
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan
sedih/dukacita
|
1 Aduhai,
malang sekali nasib Si miskin itu!
2 Aduhai,
alangkah belasnya aku melihat dia!
|
Ah
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan penolakan/tidak bersetuju/
membantah
|
1 Ah, aku enggan berbincang
dengannya!
2 Ah,
engkau pun sama dengan dia!
|
Amboi
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan kagum/hairan
|
1 Amboi, enaknya rasa buah
mangga ini!
2 Amboi,
kacaknya pemuda itu!
|
Cis/cih
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan marah
b) Menyatakan
perasaan mengejek/ menyindir
|
1 Cis,
memang dasar perempuan pisau cukur!
2 Cih, hidung tak mancung, pipi
tersorong- sorong!
|
Eh
|
Digunakan untuk menyatakan
perasaan hairan/terkejut
|
1 Eh,
Leman pun berbaju kemeja T!
2 Eh,
kamu pun ada di sini Manaf!
|
Hai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau
menyapa seseorang
b) Cuba menarik perhatian
|
1 Hai, cuba kamu perhatikan wanita di
hujung sana tu!
2 “Hai, saya pekerja baru di sini!”
kata Talib memperkenalkan dirinya kepada Manan.
|
Nah
|
Digunakan untuk
menarik perhatian dan pelbagai maksud lain
|
1 Nah, inilah masa yang paling sesuai
untuk ziarah-menziarahi!
2 Nah, terimalah bayaran wang yang kupinjam tadi!
|
Wah
|
Digunakan untuk
menyatakan
perasaan kagum/takjub
|
1 Wah,
bergaya sungguh kauhari ini, Dollah!
2 Wah, lazat sungguh hidangan itu
tadi!
|
Wahai
|
Digunakan untuk
a) Menyatakan
perasaan dukacita
b) Mendapatkan
perhatian
|
1 Wahai rakan-rakanku, janganlah membuang masamu dengan sia-sia!
2 Wahai anak-anakku, janganlah
sesekali kamu lupa akan
tanggungjawabmu!
|
· Semua ayat seru, tanda serunya mestilah
diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru
( ! )
· Dalam
binaan ayat atau penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan
kata seru seperti yang berikut:
1.
Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau yang tidak menggambarkan
perasaan yang dinyatakan.
Contoh:
1. a) Aduhai, cantiknya pemandangan di sini! (X)
b) Wah, cantiknya
pemandangan di sini! (√)
2. a) Cis,
malang sekali nasib Si buta itu! (X)
b) Aduhai,
malang sekali nasib Si buta itu! (√)
2.
Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat.
Contoh:
1. a) Aduh! sakitnya telingaku
ini. (X)
b) Aduh,
sakitnya telingaku ini! (√)
2. a) Eh! cikgu kita pun ada di
sini. (X)
b) Eh,
cikgu kita pun ada di sini! (√)
KATA NAMA AM
Kata nama
am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda,
dan tempat secara am atau umum.
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Kata
Nama Am
|
Contoh
|
Ayat
Contoh
|
benda
|
permaidani, tongkat, tikar, langsir,
kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar,
selipar, kalendar
|
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli
dua buah komputer baru.
|
haiwan
|
monyet, bangau, siamang, landak, ular,
serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
|
1 Burung itu terbang tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu
jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.
|
manusia
|
penghulu, pekebun, wanita, pelajar,
jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan,
pengarah, seniman, pengetua
|
1 Wanita itu paling dikehendaki oleh
polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang
juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di
asrama.
|
tempat
|
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman
bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti,
maktab
|
1 Mereka sering berkelah di pantai
itu.
2 Orang ramai
berkumpul di balai raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
|
·
Dalam penulisan, kata nama am
ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.
·
Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila
digunakan pada
permulaan ayat atau memulakan ayat cakap
ajuk.
Contoh:
1 Masjid
itu baru siap dibina.
2 “Ayam
jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Sal man.
Friday, 26 October 2012
KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Nama Khas
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
benda
|
Perodua Kelisa, Colgate,
Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok
|
1 Kakak memakai seluar jean berjenama Lee.
2 Radionya jenis Nasional.
3 Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
|
haiwan
|
Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa
|
1 Si Comel manja dengan tuannya.
2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
|
manusia
|
Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana
|
1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam ujiannya.
3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
|
tempat
|
Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya
|
1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal selama beberapa hari.
2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
3 Kakitangan pejabat itu melancong ke Pulau Bali.
|
· Dalam penulisan, kata-kata khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)