Latihan

 
 
Latihan Kata Kerja 1
 
 
 
Latihan Kata Kerja 2
 
 
 
Latihan Kata Kerja 3

PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka dengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan tentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka. Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar.
 
Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di bandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagian daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengan demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yang tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu.
 
Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu tiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kita perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibu terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan promeyang mengalir dalam saluran darah. Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang disebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan protein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripada dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman.
 
Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan menjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra.


1 Bagaimanakah susu ibu terhasil?
A Melalui percampuran protein dan asid amino
B Melalui percampuran estrogen, progestron, dan prome
C Melalui percampuran “kolustrum” dan pertambahan darah
D Melalui percampuran kimia dan prolaktin serta pertambahan darah
 
2 Mengapakah kebanyakan ibu yang bekerja lebih suka memberi bayi mereka susu tiruan?
A Kerana mereka kesuntukan waktu
B Kerana mereka mengutamakan kecantikan
C Kerana mereka tidak tahu khasiat susu ibu
D Kerana mereka menganggap proses penyusuan perkara kecil
 
3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebih terpengaruh kepada iklan?
A Kerana mereka banyak terdedah kepada media massa
B Kerana masyarakat bandar mudah dipengaruhi
C Kerana kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang bekerja
D Kerana mereka menganggap susu tiruan lebih berkhasiat
 
4 Yang manakah BUKAN kebaikan susu ibu?
A Menjimatkan masa
B Mencegah penyakit
C Menjarangkan kelahiran anak
D Mempercepatkan proses pembesaran bayi
 
5 Kata cenderung dalam petikan boleh digantikan dengan kata
A memilih.     C berminat.
B berpihak.     D menyebelahi.
Jawapan: 1 B 2 A 3 A 4 A 5


PEMAHAMAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Dia bangun dan memberitahukan cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengan gelak ketawa. Semua kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan “peguam” amat luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung.
 
Tun Abdul Hamid bin Omar lahir pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorang guru kampung yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu, Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga seorang guru.
 
Pada tahun 1940, Abdul Hamid memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapi pengajiannya terbantut sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunya peperangan itu, dia menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan Senior Cambridge.
 
Dia menjadi mangsa pilih kasih kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti. Dia pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Rais membantunya untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadi majistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, bel bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, beliau dilantik menjadi Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 10 November 1988.
 
Walaupun menjadi seorang hakim memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalang Abdul Hamid untuk bergiat dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan Golf Asia, Kusta Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Abdul Hamid dianugerahi pingat Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun 1989 yang membawa gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia mulai tahun 1988 hingga kini.

1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpan cita-cita untuk menjadi peguam?
A Semasa bersekolah di kampungnya
B Semasa belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid
C Setelah lulus Senior Cambridge
D Sekembalinya dari England

 
2 Mengapakah ayah Abdul Hamid menyerahkan beliau di bawah jagaan bapa saudaranya?
A Demi mencapai cita-citanya
B Agar dapat belajar bahasa Inggeris
C Supaya Abdul Hamid dapat menyambung pelajarannya
D Kerana berlakunya Perang Dunia Kedua

 
3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omar membiayai pengajian di luar negara?
A Melalui biasiswa
B Melalui pinjaman
C Melalui perbelanjaan sendiri
D Melalui bantuan Tan Sri Jamil Rais
 
4 Apakah jawatan tertinggi dalam bidang undang-undang yang pernah dijawat oleh Tun Abdul Hamid Omar?
A Hakim Besar Malaya
B Ketua Hakim Negara
C Hakim Mahkamah Persekutuan
D Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

 
5 Pernyataan yang berikut BENARtentang Abdul Hamid Omar, kecuali
A dia anak seorang pendidik.
B dia mendapat anugerah kebesaran.
C dia seorang ahli sukan yang berjaya.
D dia dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
 





         PEMAHAMAN 3

      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                  Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusia semakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda.
                  Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang, sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumi meningkat dan lapisan ozon semakin nipis.
                 Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukis dan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memulihara alam sekitar.
                Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perlu dilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dan semangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan.
               Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telah dibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kita telah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakat yang melakukan kesalahan.
              Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yang selamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demi mewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni.
 
1. Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam?
         A    Bencana alam                
         B    Ancaman haiwan
         C    Perubahan masa
         D    Perbuatan manusia
 
2. Mengapakah undang-undang perlu dibuat bagi mengawal pencemaran    alam sekitar?
          A    Untuk memelihara alam sekitar
   B    Untuk menanamkan sikap bertanggung jawab
   C    Kerana ada golongan yang masih berdegil
   D    Kerana kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai
 
3.  Bagaimanakah kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar   diwujudkan di kalangan pelajar-pelajar?
   A    Dengan memberikan ceramah kesedaran
   B    Dengan menubuhkan persatuan-persatuan dan kelab-kelab
   C    Dengan mengadakan peraturan-peraturan
   D    Dengan mengadakan pertandingan-pertandingan
 
4.  Dana Hidupan Liar Malaysia telah mencadangkan agar orang ramai mengambil tindakan-tindakan yang berikut bagi memulihara alam sekitar, kecuali
   A    mempelajari cara-cara menggunakan sumber alam.
   B    sentiasa bekerjasama membersihkan alam sekitar.
   C    selalu mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar.
   D    mengawal kegiatan masyarakat berkaitan dengan alam sekitar.
 
       5.  Kata perindustian bermaksud
         A    perusahaan.        C   pertanian.
         B    maju.                 D   moden.
 
        Jawapan:  1  D  2  B  3  B  4  D  5  A
 
 

         PEMAHAMAN 4

         Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

         Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusia semakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda.
 
          Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang, sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumi meningkat dan lapisan ozon semakin nipis.
 
          Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukis dan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memulihara alam sekitar.
 
          Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perlu dilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dan semangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan.
 
          Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telah dibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kita telah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakat yang melakukan kesalahan.
 
          Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yang selamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demi mewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni.
 

1 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam?

             A    Bencana alam                

             B    Ancaman haiwan

             C    Perubahan masa

             D   Perbuatan manusia
 

2 Mengapakah undang-undang perlu dibuat bagi mengawal pencemaran alam sekitar?

             A    Untuk memelihara alam sekitar

   B    Untuk menanamkan sikap bertanggung jawab

   C    Kerana ada golongan yang masih berdegil

   D    Kerana kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai

 

3 Bagaimanakah kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar diwujudkan di kalangan pelajar-pelajar?

   A    Dengan memberikan ceramah kesedaran

   B    Dengan menubuhkan persatuan-persatuan dan kelab-kelab

   C    Dengan mengadakan peraturan-peraturan

   D    Dengan mengadakan pertandingan-pertandingan

 

4 Dana Hidupan Liar Malaysia telah mencadangkan agar orang ramai mengambil tindakan-tindakan yang berikut bagi memulihara alam sekitar, kecuali

   A    mempelajari cara-cara menggunakan sumber alam.

   B    sentiasa bekerjasama membersihkan alam sekitar.

   C    selalu mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar.

   D    mengawal kegiatan masyarakat berkaitan dengan alam sekitar.

 

           5 Kata perindustian bermaksud

              A     perusahaan.           C   pertanian.

              B    maju.                      D   moden.

 

        Jawapan  :  1  D  2  B  3  B  4  D  5  A

 

         PEMAHAMAN 5


 
         Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

  

                        Terbongkok-bongkok di tepi jalan,

                        Membawa tempurung di tapak tangan,

                        Bertongkat buluh sebagai teman,

                        Meminta sedekah menadah tangan.
 

                              Pakaian buruk carik pula,

                              Panasnya kaki alas tiada,

                              Sesuap rezeki meminta-minta,

                              Hilanglah lapar hilanglah dahaga.
 

                     Wahai nasib bilakah gerangan,

                     Nikmat Ilahi datang menjelang,

                     Oh, Tuhan aku pohonkan,

                     Anugerahilah aku dengan ketabahan.
 

                              Waktu malam gelap gelita,

                              Angin bertiup hujan pun tiba,

                              Badan letih amat terasa,

                              Penat berjalan tidak terhingga.
 

                     Tidur si miskin di kaki lima,

                     Kepada Tuhan dia berdoa,

                     Derita ini janganlah lama,

                     Cepatlah bahagia datang menjelma.

 


1 Siapakah yang bertongkat?
A    Dia                       C    Seorang miskin

   B    Seorang tua          D    Peminta sedekah

 

2 Mengapakah “dia” memohon kepada Ilahi agar dirinya cekal?

   A    Supaya mampu berhujan

   B    Supaya mampu menahan lapar

   C    Supaya hidup meminta-minta

   D    Supaya mampu menghadapi dugaan

 

3 Maksud Cepatlah bahagia datang menjelma dalam petikan tersebut ialah

   A    mengharapkan rezeki.

   B    mengharapkan nikmat.

   C    mengharapkan kekayaan.

   D    mengharapkan kesenangan.

 

4 Mengapakah “dia” berasa sangat letih?

   A    Kerana hari gelap

   B    Kerana jauh berjalan

   C    Kerana kakinya panas

   D    Kerana tidur di kaki lima
 

5 Nada syair ini berbentuk

   A    aduan.                      C    keluhan.

   B    rayuan.                     D   pujukan.

 
Jawapan :  1  D  2  D  3  A  4  B  5  C

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. latihan yang diberi sesuai dengan apa yang telah diajar, bagusnya!

    ReplyDelete